Thursday, May 14, 2009

KULIAH 4 KAJIAN KEPUSTAKAAN

Kajian Kepustakaan

-sorotan keatas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan
laporan
- dilakukan secaa kritikal keatas point-point
- kemahiran berfikir diperlukan


Membandingkan dan Membezakan

- Iaitu mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperi ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek dan peristiwa.

- Kemahiran ini digunakan apabila :

- Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan
- Membuat pilihan atau keputusan

Langkah Penggunaan

- Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampul, seting, prosedur, pengumpulan data dan penganalisisan data).

Menganalisis

- Mengolah maklumat dan menghuraikannya kepadabentuk yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

- Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kaitan antara bahagian dan mengenali prinsip terlibat.

- Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

Menilai

- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

- Kemahiran digunakan bagi membuat keputusan bagi :
i)memilih sesuatu
ii)menerima atau menolak idea.
Membuat kesimpulan

-Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara .
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu dan meramal.


Mensintesis

- Tujuan untuk meramal dan menyokong pernyataan
-Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk esei atau lakaran

AKTIVITI Kuliah 3

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
AKTIVITI DALAM KUMPULAN

Aktiviti ini dilakukan di dalam kumpulan.
Ahli Kumpulan:

Nur Atifah Abd Wahab (p48700)
Halina Yusof (p48583)
NorBasirah Saodi(p48616)


Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

- 8 sebab orang menentang perubahan:

1) Perubahan itu menyebabkan takut gagal.

2) Perubahan itu menyebabkan kita akan perfikiran sempit dan negatif.

3) Perubahan itu menyebabkan kita mengambil masa yang terlalu lama.

4) Perubahan menyebabkan keliru untuk membuat pilihan.

Contohnya kita dapat menjadi seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tetapi dalam masa yang sama kita mendapat tawaran kerja di Jabatan Agama Islam Kemajuan Islam Malaysia sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam. Di sini wujudnya kekeliruan untuk membuat pilihan yang terbaik antara dua pekerjaan tersebut.

5) Perubahan itu berlaku secara drastik.

6) Perubahan yang dilakukan dirasakan tidak selamat.

7) Perubahan adalah menyebabkan ketidakpastian.

8) perubahan itu berlaku secara kompleks.


Cara Penyelesaiannya :

1) Perlu menubuhkan sebuah oraganisasi yang teratur dan bersistematik.

2) Perlu banyak bertanya antara guru dan pelajar.

3) Perlu merancang sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan secara teratur.

4) Tidak takut menerima kegagalan

5) Perlu membuka minda

Wednesday, May 13, 2009

KULIAH MINGGU 3 PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Terdapat 4 jenis perubahan (Dessler 1995)

i)perubahan untuk peningkatan
ii)perubahan strategik organisasi
iii)perubahan yang reaktif
iv) perubahan akibat daripada jangkaan

Perubahan adalah sesuatu yang sangat kompleks. Ia berkaitan dengan

i) Evolusi- perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang dan menyebabkan perubahan yang ketara dlam satus quo.

ii) Revolusi- perubahan yang pantas dan akan meninggalkan kesan yang membinasakan.



Setiap perubahan itu adalah multidemensi. terdapat 6 dimensi yang perlu dipahami :

a) Tujuan Perubahan
b) Unit Perubahan
c) Sifat Perubahan
d) Magnitud Perubahan
e) Skop Perubahan
f) Jangka Masa Perubahan


4 Model-Model Perubahan

a) Model Penggabungan Roger
-bermula apabila mesalah @ keperluan telah dikenal pasti
- masalah berdasarkan kepada penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal.
-apabila masalah atau keperluan tersebut telah di kenal pasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu.

b) Model Kanter (1998)

- struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik apabila di bahagikan kepada beberapa tugas. 4 tugas inovasi:
i)-enjanaan Minda
ii)membina Idea
iii)Realisasi Idea
iv) Pemindahan Idea

c) Model Rand
- berasaskan kepada kajian yang dilakukan oleh Rand Corperation pada tahun 1973-1978 dengan sokongan Pejjabat Penddikan AS.
- Tujuan utama untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan

d)Model Acot
-kajian pengenalan komputer di dalam bilik darjah
-pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam unsur pengajaran dan
pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.

Terdapat 5 langkah perubahan:
a)kemasukan
b)memilih
c)menyesuaikan
d)penggunaan
e)mereka cipta













KULIAH 2 REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Untuk topik minggu ini, kami mempelajari beberapa bentuk kajian tindakan yang mana setiap reka bentuk itu perlu meliputi 4 langkah terpenting iaitu:

i)merefleksi
ii)merancang
iii) melaksanakan strategi
iv) memantau

setiap langkah ini akan berulang-ulang sehinggalah setiap masalah yang timbul dapat diselesaikan. Untuk memantapkan pemahaman kami, beberapa aktiviti susulan dilakukan untuk mencapai tahap yang diingini.

Diantara contoh reka bentuk Kajian Tindakan ialah:

Tuesday, May 12, 2009

AKTIVITI 2

Aktiviti 2 – Kumpulan

- Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama ( 1 kumpulan 3 orang : lantik ketua, pencatat, pembentang).

- Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar:

o Refleksi ke atas masalah / penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk.

o Cadangkan satu strategi / kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.



Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama ( Pendidikan Islam )

1) Halina binti Yusof ( Ketua )

2) Nur Atifah binti Abd Wahab (Pencatat)

3) Norbasirah binti Saodi (Pembentang).

- Masalah yang dihadapi sepanjang mengikuti kursus kaedah mengajar ialah bahagian sirah dan Tamadun Islam Tingkatan satu iaitu berkenaan dengan teknik bercerita yang tidak digunakan oleg guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.



Penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah :

- Guru perlu banyak membaca buku atau sumber lain berkaitan dengan Sirah dan Tamadun Islam supaya dapat meningkatkan kefahaman tentang tajuk yang akan diajar. Selain dari itu, guru juga perlu mengetahui sejarah tamadun Islam secara keseluruhan supaya dapat memberikan penerangan yang lebih jelas.

- Guru perlu mengetahui teknik bercerita yang berkesan untuk menarik perhatian dan minat pelajar contohnya "tone" suara yang betul, pergerakan badan dan eye contact di antara pelajar-pelajar di dalam bilik darjah.



- Strategi yang perlu dilaksanakan oleh guru untuk menarik minat pelajar apabila mengajar subjek tentang Sirah dan Tamadun Islam ialah guru hendaklah menggunakan tayangan video yang menarik, menyuruh pelajar melakonkan watak yang diminta oleh guru dan guru hanya menyediakan skrip kepada pelajar atau mewujudkan mingu bercerita berkenaan dengan Sirah dan Tamadun Islam untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar.

kuliah 2 AKTIVITI 1

Kuliah 2 Aktiviti 1

Refleksi ke atas masalah dalam diri semasa BIG1

Permasalahan: Masa- kurang menepati masa

Penambahbaikkan: - perlu tingkatkan disiplin

- jangan melengahkan kerja

-perlu patuh pada arahan

Rancang pelan tindakan

: cuba membaiki diri supaya lebih menghargai masa

:menanamkan sifat dalam diri supaya peka terhadap arahan yang diberikan


Matlamat umum/ jangka panjang

-menepati masa

-mendapat kesihatan yang baik


Objektif

-tiada pembaziran masa dengan pekara yang tidak berfaedah

-kerja dapat disiapkn dalam tempoh waktu yang telah di tetapkan


Bagaimana pemantauan dapat dibuat

-meminta masihat dari kawan

-meminta kawan menegur apabila buat silap

-Kumpul data

-buat kajian perpustakaan- buat bacaan

-mendapat pandangan kawan-kawan

Sunday, May 10, 2009

Kuliah 1 (Pengenalan kajian tindakan)

  1. Apa itu penyelidikan?

Setiap orang sarjana mentakrifkan istilah ‘penyelidikan’ mengikut pengertiannya tersendiri. Misalnya, ‘tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambahkan ilmu pengetahuan baru, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu yang diatur khas untuk mengeluarkan maklumat baru’.
(Ahmad Mahzan Ayob, 1983)
‘Penyelidikan bertujuan mendapatkan kebenaran yang mempunyai logik mengenai sesuatu fenomena, tetapi ia tidak bererti bahawa kebenaran yang didapati itu merupakan kebenaran yang muktamad mengenai fenomena itu. Fakta-fakta baru atau fakta-fakta yang tidak didapati semasa penyelidikan dijalankan mungkin akan timbul dan ini akan mengubah keputusan penyelidikan dan dengan itu pengetahuan akan sentiasa berubah’.
(Mohd. Sheffie Abu Bakar, 1987)
‘…usaha mencari data yang akan dipergunakan untuk menguji sesuatu hipotesis, untuk memecahkan sesuatu persoalan tertentu, atau hanya sekadar ingin mengetahui samada wujudnya ataupun tidak sesuatu persoalan itu’.
(J. Supranto, 1986)

‘In carrying out research the purpose is to try to make some claim to knowledge; to try to show something that was not known before. However small, however modest the hoped for claim to knowledge is, provided it is carried out systematically, critically and self-critically, the search for knowledge is research’.
(Bassey, 1990)
‘Dari segi sejarah perkembangan penyelidikan, jelas membuktikan kajiselidik adalah satu langkah sistematik yang mengkaji perhubungan di antara pembolehubah. Langkah sistematik ini merupakan elemen yang terpenting didalam konsep asas penyelidikan. Seseorang mungkin melakukan sesuatu kajian ataupun pemerhatian, tetapi tindakan tersebut tidak akan membawa sebarang makna yang berkesan sekiranya proses langkah sistematik diabaikan’.
(Dr. Asaruddin Hj Ashaari, 1989)
Penyelidikan ialah satu kaedah yang tersusun, sistematik atau teratur dan bersifat objektif, bukan subjektif dan bebas dari pertimbangan nilai. Dengan lain perkataan, penyelidikan yang bersandarkan kepada pertimbangan fakta dan logik pemikiran manusia. Logik pemikiran manusia tentulah berdasarkan apa yang ditanggap oleh pancaindera manusia.

‘Pada amnya, kita dapat merumuskan penyelidikan sebagai satu tatacara teratur yang hasilnya membolehkan penambahan ilmu pengetahuan. Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu, khas bagi mendapatkan maklumat serta menjawab persoalan yang dibangkitkan.
(Syed Arabi Idid,1993)