Kajian Kepustakaan
-sorotan keatas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan
laporan
- dilakukan secaa kritikal keatas point-point
- kemahiran berfikir diperlukan
Membandingkan dan Membezakan
- Iaitu mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperi ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek dan peristiwa.
- Kemahiran ini digunakan apabila :
- Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan
- Membuat pilihan atau keputusan
Langkah Penggunaan
- Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampul, seting, prosedur, pengumpulan data dan penganalisisan data).
Menganalisis
- Mengolah maklumat dan menghuraikannya kepadabentuk yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
- Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kaitan antara bahagian dan mengenali prinsip terlibat.
- Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
Menilai
- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
- Kemahiran digunakan bagi membuat keputusan bagi :
i)memilih sesuatu
ii)menerima atau menolak idea.
Membuat kesimpulan
-Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara .
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu dan meramal.
Mensintesis
- Tujuan untuk meramal dan menyokong pernyataan
-Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk esei atau lakaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SELAMAT HARI GURU
ReplyDeleteSelamat ber-Kajian Tindakan
Selamat ber-Seminar